PETUA UNTUK ANDA

  KAPAS DAN CUKA 

SEDIAKAN SEDIKIT CUKA makan clan segumpal kapas bersih. Celupkan kapas tersebut di dalam bekas cuka dan biarkan seketika supaya dapat meresap dengan sempurna.Setelah itu, sapukan di sekefiling bisul. Lakukan pada setiap malam. Nescaya bisul yang membesar akan susut clan sembuh seperti biasa.

 GETAH POKOK SAGU 

ANDA KENAL POKOK SAGU? Pofong pada bahagian dahan dan is akan mengeluarkan getah.Sapukan di sekeliling bisO anda dengan cermat clan rapi. Kaedah ini dapat menghalang bisul clan mengatasi kesakitan.

 KHASIAT DAUN KELEDEK

DAPATKAN BEBERAPA HELAI daun keledek. Basuh sampai bersih clan tumbuk sAingga lumat. Tampalkan di sekeliling kecuali di bahagian mata bisul. Hasilnya, bisul akan pecah pada hari berikutnya.

RAHSIA DAUN SIRIH 

KUNYAHLAH BEBERAPA helaidaun sirih. Setelah lumat, tempelkan kunyahan (hampas) tadi ke mat a bisul. Lakukan beberapa kali sehari.Anda dapati bisul akan memecah dengan sendirinya. Bersihkan darah dan nanah. Setelah itu letakkan serbuk arang dan tempurung kelapa. Bisul akan cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut.

  PETUA CEGAH PANAU 

PANAU merupakan satu penyakit yang berjangkit. la merupakan tumpuk‑tumpuk putih di anggota badan dan memalukan penghidapnya.

RAHSIA LENGKUAS 

UNTUK MENGHILANGKANNYA, ambil beberapa daun lengkuas dah tumbuk, kemudian ambil airnya dan sapukan di tompok- tompok panau.Lakukan beberapa kali. Perlu diingat pengamal petua ini hendaklah menjauhi makanan yang diperbuat dari lengkuas.  

KHASIAT DAUN KESUMA

 DAUN KESUM bukan saja enak dibuat campuran gulai asam pedas, malah is juga boleh dijadikan ubat panau.Caranya dapatkan 'kira- kira secekak daun kesum dan campurkan dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan di bahagian yang ditumbuhi panau sehingga is nampak merah. Lakukan pada setiap hari sehingga panau itu hilang.

  LENGKUAS DAN MINYAK TANAH 

CAMPURAN LENGKUAS dan minyak tanah baik untuk mengubati masalah panau. Tenyehkan bahan ini ke tompat yang ditumbuhi panau sehingga terasa pedih. Kemudian basuh dengan air bersih 15 atau 20 mind. Panau akan hilang.Pantang larangnya. Anda ditegah daripada memakan lengkuas selama setahun. Sekiranya anda tidak mematuhi, panau akan tumbuh dengan lebih banyak.

Petua 1. Petua 2. Petua 3
 

SEKIRANYA ANDA MEMPUYAI PETUA UNTUK BERKONGSI BERSAMA  SILA HANTARKAN PETUA ANDA TERSEBUT KEPADA

pbpt_tahzib@hotmail.com