PETUA UNTUK ANDA

Kentang Ubat Jerawat

Jerawat selalu menimbulkan masalah terutama kepada orang muda. Ambil sebiji kentang dan hiris nipis-nipis, kemudian tampalkan pada muka anda sehingga kentang itu bertukar warna. Ulangilah selalu.

Kaki Melecet

Seringkali apabila memakai kasut baru, kaki anda akan melecet. Untuk mengatasinya, cuba petua ini. Ambil minyak masak, sapukan di sekeliling kaki sebelum memakai kasut. Lakukan dua kali sehari. InsyaAllah, kaki anda tidak akan melecet lagi.
 

Hilangkan Kutu Kepala

Kepala yang berkutu menimbulkan pelbagai masalah seperti gatal dan sentiasa menggaru. Untuk mengatasinya, ambil kapur barus dan ditumbuk sehingga hancur. Campurkannya dengan minyak tanah secukupnya. Kemudian, sapu di kepala sehingga rata dan basah. Biarkan semalaman. Keesokannya, cuci dan syampu. InsyaAllah, rambut anda akan bebas daripada kutu.

RAMUAN DAPUR

SATU GELAS SANTAN kelapa, satu inci kunyit hidup dan secubit garam. Kunyit hidup dan garam ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan ke dalam santan kelapa. Lumur ke seluruh kepala dan dibiarkan selama 15 minit.Kemudian syampu rambut seperti biasa. Lakukan dua kali seminggu. Petua ini bukan sahaja boleh mencegah kelemumur malah is menyegarkan kulit badan.

 

DAUN BUNGA RAYA 

AMBIL BEBERAPA HELAI daun bunga raya. Ramas di dalam air sehingga keluar lendirnya. Dan disapu ke kepala. Kemudian balut dengan rapi menggunakan tuala bersih. Dibiarkan selama setengah jam barulah dicuci seperti biasa. Sebaik baiknya lakukan petua ini sebanyak 2 kali seminggu. Kelemumur tidak akan berulang lagi.

 

MASALAH KUTU KEPALA 

MASALAH KUTU KEPALA di zaman moden ini amat memalukan siapa sahaja. Jangan risau. la mudah diatasi. Caranya lumurkan minyak tanah keseluruh kepala dan balut dengan tuala bersih serta biarkan 10 atau 15 minit. Kemudian cucilah seperti biasa. Lakukan dua atau tiga hari berturut turut, hasilnya kutu akan mati.

 

MENGATASI RAMBUT GUGUR 

KADANGKALA RAMBUT gugur satu persatu tanpa sebab. IN menyebabkan kepala kelihatan botak dan hilang kecantikan pemiliknya. Cara mencegah rambut tidak terns gugur, amalkan petua tradisional ini:

 KHASIAT LEMAK AYAM

APABILA ANDA HENDAH membeli atau menyembelih ayam, pilihlah ayam yang banyak lemak. Ambil dan jerangkan ke atas api yang sederhana panas sehingga is berubah menjadi minyak. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Gunakan setiap malam sebelum tidur dan basuh keesokan harinya dengan menggunakan syampu.Hasilnya pasti memeranjatkan kerana ia mampu menghindari kelemumur.

 

Petua 1. Petua 2. Petua 3
 

SEKIRANYA ANDA MEMPUYAI PETUA UNTUK BERKONGSI BERSAMA  SILA HANTARKAN PETUA ANDA TERSEBUT KEPADA

pbpt_tahzib@hotmail.com