Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu
ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui
pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam
banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak
akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang
wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku
pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan
haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke
mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di
mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama
gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji
nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya
adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi,
ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang
jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang
sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai,
saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di madinah.
Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada
giliran wanita terbabit. tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja
kakinya mencecahkan bumi madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang
tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan
mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita
berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada
jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan apa
yang sedang berlaku. "badan dia panas dan menggigil. kakak
ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke
hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami mengangkat
wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang terletak
tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar
ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan
diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk
memulihkannya, namun semuanya gagal. sehinggalah ke petang,
wanita itu masih lagi koma. sementara itu, tugas mengendalikan
jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita
tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut. bagaimanapun, saya
diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua hari,
wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya
semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital abdul aziz
jeddah untuk mendapat- kan rawatan lanjut sebab pada masa itu
hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding
hospital madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil. jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke
mekah untuk mengerjakan ibadat haji. selesai haji, sekali lagi
saya pergi ke jeddah. malangnya, bila sampai di hospital king
abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut
masih koma. bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya
di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata-
nya. dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang
ke arah saya. tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita
tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-
esak. sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.
tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak
menangis? "mazlan ..kakak taubat dah lan. kakak menyesal,
kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. kakak
bertaubat, betul-betul taubat." "kenapa pulak ni kak
tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa
menjawab pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia bersuara,
menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian,
cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin
dengan lelaki orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma
islam pada nama dan keturunan saja. ibadat satu apa pun kakak
tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan botol
arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul
saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak
tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.",
"jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali.
ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya
lagi. dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan,
"mazlan...allah itu maha besar, maha agung, maha kaya.
semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang
benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat
selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"betul mazlan.
Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan
balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka. "kakak
ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak
ceritakan macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun
minta maaf kepada Allah. "bukan itu saja, buah dada kakak
pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api,
kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak
menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api
itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti,
24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat
atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu
dilaluinya dengan azab yang amat pedih. dengan suara
tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa.
bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa
seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan
otak kakak terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih
yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil
bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak.
nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya
pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu
sekali balasan allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum
arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak
suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak
sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang
berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri
saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak
betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu,
duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut,
ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang tercucuk jarum
pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk
kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak
makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak
masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak
rasa seperti terbakar hangus. panasnya cuma allah saja yang tahu.
api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
"selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak
dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya
cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.
semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa
sungguh kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu
mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi,
berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak
berhenti-henti kakak memohon. kakak kata kakak akan buktikan
bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. kakak
berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,
akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah
itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan
terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita,
maka azablah kita di akhirat kelak. alhamdulillah, wanita itu
telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi
mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat
nasuha,"katanya sambil menangis-nangis. sejak itu wanita
berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke mekah,
dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak
henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada
waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas
sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang
teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak.
lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..."
tegur saya. "tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma.
bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita
itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan
semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia
berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya. saya
kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.
jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya. "tak boleh mazlan. kakak takut...kakak
dah merasai pedihnya azab tuhan. mazlan tak rasa, mazlan tak tau.
kalau mazlan dah merasai azab itu, mazlan juga akan jadi macam
kakak. kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan,
kalau ada perempuan islam yang tak pakai tudung, mazlan
ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang
saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula
jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan
muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki
bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak
mendapat 10 dosa. "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak
jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak,
ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang
tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau
hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak
berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. akak nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak,
suami kakak tu islam pada nama saja. tapi itu semua kesilapan
kakak. kakak sudah bawa dia masuk islam, tapi kakak tak bimbing
dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan
islam." sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi
apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya
percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah.
adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa
koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? satu lagi, cubalah
bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah
ia bercanggah? benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak
dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa
dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? janganlah bila
kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita
mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan
Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"