Bak
kata orang ‘ biar jauh dimata, tetapi dekat dihati’ . Begitulah
Tahzib, sejauh manapun kami, seusia mana pun kami, sejarak mana pun
kami, tak mungkin kami dapat lupakan gedung ilmu yang selama ini kami
timba, kami selam, kami terokai malahan kami abadikan dalam dairi roda
kehidupan kami . Satu zaman yang pernah kami lalui, Membentuk peribadi
kami, membentuk sahsiah diri, keutuhan , iltizam , serta jati diri yang
unggul dalam memperjuangkan erti kata kehidupan, perjuangan, kegagalan,
dan kejayaan.
Justeru
itu, atas iltizam serta keazaman yang mendalam, kami yang terdiri
daripada, Zabidi Morad ,Mohamad Azlan serta Tarmizi
Mokri, ingin mengabdikan diri kami, memperhambakan diri kami,
serta ingin memperjuangankan, mengekal dan meningkatkan keunggulan
TAHZIB sebagai satu gedung ilmu yang mampu lahirkan golongan ilmuan
dalam pelbagai bidang.
Keperitan
tidak pernah meruntuhkan malahan menebalkan lagi usaha kami walaupun
kami pernah ditertawakan, diherdik, tidak kurang juga yang menidakkan
usaha kami. Itu bukan lah satu penghalang pada kami, Sebuah organisasi
yang kuat serta utuh bukan lah satu kerja yang sekadar’ melepaskan
batuk ditangga’ tetapi memerlukan satu organis yang betul berminat dan
merwibawa. Memandangkan aspek itu , kami telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Bertindak bagi membuat pemantuan dan pandangan dari
perlbagai sudut, termasuklah daripada bekas pelajar sendiri dan para
pendidik Tahzib. Pulangan yang positif memberikan laluan kepada kami
untuk meneruskan usaha kami, Proses pengumpulan maklumat ahli menjadi
titik permulaan kami, Walaupun masing-masing ‘kesibukan’ kesempatan
yang ada digunakan untuk membincangkan aspek pengurusan, bagi
melancarkan proses penubuhan ini.
Pada
tanggal 28 Dis 1998 , buat kali pertamanya satu perjumpaan yang terdiri
dari pada 45 orang bekas pelajar tahzib diadakan di dewan sekolah
Al-Tahzib. Satu permulaan yang agak membanggakan kami. Segala kepenatan,
wang ringgit yang ‘ terkorban’ telah di’basuh’ dengan
kegembiraan. Perbincangan dan perlantikkan telah diadakan dan beberapa
usul turut diperdebatkan oleh ahli persatuan.
Dengan
termeterainya permesyuarahan itu, maka kami secara rasminya mengumunkan,
pada peringkat awalnya , penubuhan ini adalah diterima dan akan
dilanksanakan seterusnya. Kami juga berikrar akan meningkatkan lagi mutu
pengurusan dan pengendalian bagi mejamin keberkesanannya dan ia
berfungis sebagai mana yang dirancangkan.. InsyaAllah.
|