PERLEMBAGAAN

ARTIKEL DUA BELAS

FASA 16

PERLETAKAN JAWATAN

Seksyen 1:

Ahli Jawatankuasa Pusat

a. mana mana ahli Jawatankuasa Pusat yang hendak meletakan jawatan hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung Kehormat.

b. Perletakan jawatanya itu tidak dianggap sah sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat.

 c. Sekiranya Setiausaha Agung Kehormat hendak meletakkan jawatan, maka ia hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Yang Dipertua.    

d. Satu pemilihan kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan itu seperti yang dinyatakan dalam Artikel Sembilan Seksyen 2.

e. Sekiranya semua ahli Jawatankuasa Pusat serentak meletakkan jawatan , maka surat perletakan jawatan mereka hendaklah disampaikan Lembaga Pentadbiran Pusat

f. Lembaga Pentadbiran Pusat akan melantik ahli ahli Jawatankuasa Sementara bagi mengendalikan perjalanan persatuan sehingga satu pemilihan Jawatankuasa Pusat diadakan.

Seksyen 2:

Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Persatuan .

Mana mana ahli jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Tujuh, Fasa 10, Seksyen 1.hendak meletakkan jawatan . Mereka hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi untuk disampaikan kepada Jawatankuasa Pusat. Perletakan jawatannya tidak dianggap sah sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat. Jawatankuasa Pusat boleh melantik mana mana ahli bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

ARTIKEL TIGA BELAS

FASA 17

TATA TERTIB

Seksyen 1:

Lembaga Tata Tertib Persatuan

Demi untuk menjamin nama baik persatuan dan kepentingan ahli ahli, persatuan hendaklah menubuhkan sebuah Lembaga Tata tertib bagi mengambil tindakan terhadap mana mana ahli yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan mencemarkan nama baik persatuan .

Seksyen 2:

Ahli Lembaga Tata Tertib Persatuan

Ahli Lembaga Tata Tertib Persatuan hendaklah terdiri daripada :

a. Yang Dipertua sebagai Pengerusi;

b. Setiausaha Agung Kehormat sebagai Setiausaha ; dan

c. Empat orang yang dilantik oleh jawatankuasa daripada kalangan ahli sebagai ahli.

d. Ahli Lembaga Pentadbiran Pusat

Seksyen 3:

Tugas dan Kuasa Lembaga Tata Tertib Persatuan

Tugas dan kuasa Lembaga Tata Tertib Persatuan adalah:

a. memeriksa, meneliti dan mengendalikan semua hal tata tertib yang dikemukakan oleh jawatankuasa dan ahli persatuan;

b. mengadakan perbicaraan selepas berunding dengan penasihat

penasihat bagi menentukan kedudukan mana mana ahli yang dituduh melakukan kesalahan serta mengemukakan hukuman sekiranya yang tertuduh itu sabit kesalahannya.

c. Merujukkan mana mana kes yang dianggap berat dan serius kepada Lembaga Tata Tertib melalui Penasihat Persatuan untuk tindakan selanjutnya.

d. Menyediakan laporan perbicaraan dan menyampaikan satu salinan laporan tersebut kepada Pengerusi melalui Penasihat Persatuan.

 

Seksyen 4 :
Jenis Jenis Hukuman

Jenis jenis hukuman yang boleh dikenakan oleh Lembaga Tata Tertib Persatuan kepada mana mana ahli yang dibicarakan dan sabit kesalahannya ialah:

a. Digantung daripada menyertai aktiviti persatuan;

   b. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh persatuan;

c. Menganti semula barang barang yang dirosak atau dihilangkan oleh yang tertuduh;

d. Diberi amaran bertulis jika didapati bersalah;

e. Dihadapkan kepada Lembaga Tata Tertib Persatuan , jika kes didapati berat dan serius.

Seksyen 5 :

Lembaga Rayuan

Persatuan hendaklah menubuhkan sebuah Lembaga Rayuan yang mempunyai tugas dan kuasa seperti berikut:

a. Mengkaji dan meneliti dari masa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh Lembaga Tata Tertib Persatuan.

b. Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh Lembaga Tata Tertib yang dirujukkan oleh yang pendakwa.

Seksyen 6 :

Ahli Lembaga Rayuan

Ahli Lembaga Rayuan adalah terdiri daripada;

a. Penasihat Persatuan sebagai pengerusi;

b. Dua orang dikalangan ahli jawatankuasa pusat

c. Setiausaha akan dilantik dari masa ke semasa.

d. Ahli Lembaga Pentadbiran Pusat

ARTIKEL EMPAT BELAS

FASA 18

SURAT MENYURAT

Seksyen 1:

Surat Menyurat

Semua surat menyurat persatuan yang dihantar keluar oleh persatuan hendaklah mengikut saluran tertentu.

 

Seksyen 2 :

Segala surat , pengumuman , kenyataan dan buletin persatuan hendaklah ditandatangani oleh:

a. Yang Dipertua / Pengerusi atau Setiausaha

ARTIKEL LIMA BELAS

FASA 19

Tafsiran :

\Sekiranya timbul kekeliruan dalam penafsiran perlembagaan persatuan ini hendaklah dirujuk kepada Lembaga Pentadbiran Pusat dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pentadbiran Pusat adalah muktamad.

 

ARTIKEL ENAM BELAS

FASA 20

PENGGANTUNGAN PERSATUAN

Seksyen 1: 

Lembaga Pentadbiran adalah berhak menggantung persatuan atau aktiviti persatuan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan persatuan.

Seksyen 2: 

Dalam tempoh penggantungan persatuan , segala aktiviti persatuan adalah dibekukan sehingga kepada suatu masa yang ditentukan oleh Lembaga Pentadbiran.

ARTIKEL TUJUH BELAS

FASA 21

PEMBUBARAN PERSATUAN

Seksyen 1:

a. Persatuan ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 daripada semua ahli.

b. Sekiranya persatuan hendak dibubarkan , segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang undang hendaklah dijelaskan .

c. Baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Pembubaran.

d. Jika persatuan tidak lagi dapat berjalan mengikut undang undang , Lembaga Pentadbiran Pusat boleh menggantung.

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4