PERLEMBAGAAN

FASA 12

Jawatan

Seksyen 1:

Yang Dipertua

a. Yang Dipertua menjadi pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Agong Tahunan .

b. Yang Dipertua berhak memberi undi pemutus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikannya. Ia bertanggungjawab terhadap kesempunaan perjalanan semua mesyuarat itu.

c. Yang Dipertua berhak memanggil Mesyuarat Tergempar

Jawatankuasa Pusat apabila difikirkannya perlu.

d. Yang Dipertua menjadi ahli ex-officio bagi semua jawatankuasa dalam persatuane. Yang Dipertua hendaklah menandatangani semua cek   bersama sama dengan Bendahari Kehormat setelah diluluskan untuk pembayaran oleh Jawatankuasa Pusat.

f. Yang Dipertua mewakili persatuan dalam semua perjumpaan dan menjadi pegawai perhubungan antara pihak pentadbiran dan pengurusan dengan persatuan.Ia bertanggungjawab memastikan tiap tiap ahli menjalankan tugas dengan cekap Dan berkesan.

 

Seksyen 2:

Naib Yang Dipertua

Apabila Yang Dipertua tidak hadir, segala tugas, kuasa dan tanggungjawab Yang Dipertua berpindah kepada Naib Yang Dipertua.

 

Seksyen 3:

Setiausaha Agong Kehormat.

 

Setiausaha Agong Kehormat bertanggungjawab :

a. Mejalankan perintah Mesyuarat Agong dan Mesyuarat Jawatankuasa .

b. Menyimpan semua rekod persatuan kecuali rekod kewangan dan menyelenggarakan semua surat menyurat rasmi, buku buku dan kertas kertas .

c. Menghadiri semua mesyuarat dan membuat catatan perjalanannya.

d. Menguruskan jemputan semua mesyuarat persatuan dan Jawatankuasa Pusat .

e. Menandatangani semua cek dan baucer persatuan bersama sama Pengerusi dan Bendahari

f. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat .

g. Menyimpan minit semua mesyuarat persatuan.

h. Menjadi ahli ex-officio dalam semua jawatankuasa persatuan .

i. Menyediakan laporan tahunan persatuan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agong Tahunan .

j. Membuat semua kenyataan atas nama persatuan dan Jawatankuasa Pusat setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat dan Pendaftaran.

Seksyen 4:

Penolong Setiausaha Agong Kehormat

a. Penolong Setiausaha Agong Kehormat bertanggungjawab mambantu Setiausaha

Agong Kehormat menjalankan tugasnya.

b. Semasa Setiausaha Agong Kehormat tidak hadir Penolong Setiausaha Agong Kehormat hendaklah mengendalikan segala tugas dan tanggungjawab Setiausaha Agong Kehormat.

Seksyen 5 :

Bendahari Kehormat

Bendahari Kehotmat bertanggungjawab:

a. Bagi semua hal yang bersabit dengan kewangan persatuan .

b. Mengutip, menyimpan serta membayar semua kumpulan wang bagi pihak persatuan .

c. Menyimpan semua akuan persatuan serta bertanggungjawab atas betulnya akaun itu.

d. Menyimpan semua wang dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat dalam masa 24 jam setelah wang itu diterima.

e. Menandatangani dan mengeluarkan resit serta menurunkan tandatangan pada baucer dan cek persatuan bersama sama Yang Dipertua dan Setiausaha.

f. Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM100.00 .

g. Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan persatuan dan satu salinan hendaklah di sampaikan kepada pendaftar.

h. Menyediakan draf anggaran belanjawan tahunan persatuan untuk perbincangan dan kelulusan Jawatankuasa Pusat .

i. Menyediakan dan mengedarkan penyata kewangan tahunan persatuan yang telah diaudit oleh Juruaudit Luar, sekurang kurangnya dua minggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Lembaga Pentadbiran Pusat.

 

 

ARTIKEL SEMBILAN

FASA 13

PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT

Seksyen 1:

Cara Pemilihan

a. Pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah diadakan selewat lewatnya seminggu

sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan .

b. Pemilihan ini adalah bagi melantik ahli ahli Jawatankuasa Pusat seperti yang tercatat dalam Artikel Tujuh, Fasa 10, Seksyen 1.

c. Semua calon yang akan bertanding dalam pemilihan ini hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli biasa persatuan.

d. Pemilihan dijalankan dengan cara mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

e. Seorang ahli tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada seorang calon untuk satu satu jawatan. Jika ini berlaku pencalonan ter sebut akan batal.

f. Tiap tiap calon tidak boleh bertanding lebih daripada satu jawatan dalam sebarang pemilihan.

g. Apabila lebih daripada seorang calon yang bertanding untuk jawatan yang sama mendapat bilangan undi yang sama , maka pemilihan kecil bagi memilih penyandang jawatan itu akan diadakan .

Seksyen 2:

Pemilihan Kecil

Jika terdapat jawatan yang menjadi kosong dalam Jawatankuasa Pusat disebabkan oleh peletakkan jawatan atau meninggal dunia , satu pemilihan kecil hendaklah diadakan bagi memilih penyandang jawatan tersebut. Tetapi sekiranya keadaan tidak mengizinkan bagi mengadakan pemilihan, maka Jawatankuasa Pusat bolehlah melantik calon yang kedua mendapat undi terbanyak dalam pemilihan yang lalu , hendaklah dipanggil, untuk memegang jawatan tersebut bagi memenuhi kekesongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Seksyen 3:

Jawatankuasa Pemilihan

Pemilihan ahli jawatankuasa akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang dinamakan jawatan pemilihan yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Pusat

ARTIKEL SEPULUH

FASA 14

PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN

Seksyen 1:

Sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada perlembagaan persatuan hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Persatuan dan hanya boleh berkuatkuasa apabila telah diluluskan oleh Lembaga Pentadibiran Pusat

Seksyen 2 :

sebarang pindaan dan / atau tambahan kepada perlembagaan persatuan hanya boleh dibuat dengan persetujuan dua pertiga daripada jumlah ahli persatuan dalam Mesyuarat Agung.

Seksyen 3:

Cadangan pindaan dan / atau tambahaan kepada perlembagaanpersatuaan hendaklah sisampaikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung Kehormat sekurang kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung diaadakan.

ARTIKEL SEBELAS

FASA15

BADAN GABUNGAN

Seksyen 1:

a) Semua persatuan dibawah Jawatankuasa Pusat dengan sendirinya menjadi badan gabungan kepada persatuan.

b) Badan gabungan ini hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Pusat

c) Badan badan gabungan adalah bertanggungjawab terhadap semua aktivitinya.

Seksyen 2:

a) Boleh menggunakan semua kemudahan persatuan yang disediakan itu;

                                                       b) Boleh meminta bantuan kewangan daripada persatuan untuk menjayakan projek projek yang 

                                                           hendak                     dijalankan.

Seksyen 3:

Persatuan dan / atau badab badan gabungannya tidak boleh bergabung dengan sebarang kesatuan , persatuan atau pertubuhan luar kecuali dengan persetujuan tidak kurang daripada semua ahli

a) Persatuan dilarang menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu bagi kegunaan rasmi seperti undang undang dan peraturan , mesyuarat , penulisan minit , surat menyurat , kenyataan dan seumpamanya.

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4