PERLEMBAGAAN

ARTIKEL KETUJUH

FASA 9:

Pentadbiran :

 

Seksyen 1

Lembaga Pentadbiran Pusat

1. Terdiri daripada pengasas – pengasas persatuan ini.

2. Seorang Penasihat yang dilantik

Seksyen 2 :

Fungsi dan Kuasa.

a. Bertindak sebagai pemerhati pergerakan persatuan

b. Bertindak sebagai badan penasihat persatuan

FASA 10

Seksyen 1 :

Ahli Jawatankuasa Pusat ;

Ahli Jawatankuasa Pusat yang akan mengendalikan perjalanan persatuan ini adalah terdiri daripada yang berikut ;   

                                                        1. Seorang Yang Dipertua

                                                        2 . Seorang Naib Yang Dipertua

                                                        3. Seorang Setiausaha Agong Kehormat

                                                        4. Seorang Naib Setiausaha Agong Kehormat

                                                        5. Seorang Bendahari Agong Kehormat

                                                        6. Seorang Naib Bendahari Agong Kehormat

Seksyen 2 :

Fungsi dan Kuasa.

                                      a ) Bertanggungjawab menentukan dasar persatuan sejajar dengan tujuan dan objektif

                                          perlembagaan persatuan

b) Merancang dan melaksanakan perancangan dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat persatuan .c) Mengawal dan menguruskan persatuan secara teratur dan berkesan .

d) Mengawal dan bekerjasama dengan semua ahli dari masa kesemasa .

e) Mendengar dan menerima aduan dan rayuan serta membuat ketetapan sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan peraturan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat .

Seksyen 3 :

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat :

a) i. Mesyuarat Biasa .

Mesyuarat ini hendaklah diadakan sekurang kurang nya sebulan sekali. Setiausaha Agong Kehormat hendaklah memberitahu ahli ahli tentang mesyuarat yang akan diadakan tidak lewat dari dua minggu terlebih dahulu sebelum tarikh dan masa diadakan . Setiausaha Agong juga dikehendaki menyediakan dan menyampaikan agenda mesyuarat kepada ahli ahli Jawatankuasa Pusat . Ahli ahli majlis hendaklah memberitahu sehari terlebih dahulu tentang pindaan dan tambahan kepada agenda mesyuarat ini.

ii.) Mesyuarat Luar Biasa .

Mesyuarat ini hendaklah diadakan apabila hal hal yang memerlukan perhatian segera atau apabila satu permohonan bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut yang ditandatangani oleh dua pertiga daripada ahli jawatankuasa atau ahli biasa titerima oleh Setiausaha Agong . Setiausaha Agong akan memanggil mesyuarat ini dalam masa dua hari setelah menerima permohonan tersebut.

Setiausaha Agong juga hendaklah membuat pemberitahuan sekurang kurangnya sehari sebelum mesyuarat tersebut diadakan . Mesyuarat ini hendaklah membincangkan hal yang ternyatakan dalam agenda itu sahaja .

iii.) Mesyuarat Tergempar.

Ynag Dipertua boleh bila bila masa memanggil Mesyuarat Tergempar Jwatankuasa Pusat. Mesyuarat ini hanya membincangkan perkara khas yang kerananya diadakan mesyuarat itu.

 

b) Korum

Dua pertiga daripada jumlah ahli persatuan cukup menjadi korum mesyuarat. Mana mana ahli Jawatankuasa Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat sebanyak tiga kali berturut turut tanpa memberi sebarang keterangan bertulis memberutahu sebab sebab yang munasabah dia tidak menghadiri menyuarat itu, boleh dilucutkan jawatannya dengan persetujuan dua pertiga ahli Jawatankuasa Pusat. Sekiranya ada mana mana ahli yang dilucutkan jawatannya, maka persatuan hendaklah mengadakan pemilihan kecil untuk mengisi kekosongan itu.

 

ARTIKEL LAPAN

FASA 11

Tugas Dan Kuasa Penyandang Jawatan

 

a. Pentadbiran persatuan ini adalah di bawah tanggungjawab satu Jawatankuasa Pusat Dan Lembaga   Pentadbiran    Pusat Sebagai Penasihat serta Pemerhati.

b. Jawatankuasa Pusat bertanggungjawab mengelola, mengatur dan mentadbir kerja kerja harian persatuan .

c. Jawatankuasa ini membuat keputusan tentang perjalanan persatuan dengan tidak

    terkeluar dari dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agong.

d. Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan Keputusan Mesyuarat Agong

e Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memberi laporan tentang kegiatannya pada tahun lalu kepada Mesyuarat Agong.

f. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang kurangnya sekali dalam tiga bulan dan notis panggilan mesyuarat hendaklah dikeluarkan oleh setiausaha kepada ahli ahli 14 hari sebelum mesyuarat diadakan .

g,. tidak kurang daripada tiga orang ahli jawatankuasa boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila bila masa .

h. Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga tiga kali berturut turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil terhadapnya.

i. Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada setiausaha dan pegawai lain untuk menjalankan tugas dan urusan persatuan. Ia boleh melantik petugas yang difikirkan sesuai dan layak. Ia juga boleh menggantung dan melucutkan jawatan petugas kerana cuai, curang, tidak cekap, engkar atau kerana sebab sebab yang difikirkan boleh merosakkan persatuan .

j. Antara satu Mesyuarat Agong ke satu Mesyuarat Agong, jawatankuasa boleh boleh memberi tafsirannya kepada undang undang dan peraturan ini. Apabila perlu boleh memutuskan perkara yang tidak terkandung dalam undang undang ini

 

 

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4