PERLEMBAGAAN

ARTIKEL PERTAMA

NAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN.

FASA 1:

Nama persatuan ini ialah PERSATUAN BEKAS PELAJAR Al- TAHZIB dan ringkasnya

Disebut sebagai PBPT.

 

FASA 2:

Alamat pejabat yang akan didaftarkan pada masa ini ialah

No.24,Tingkat Atas,Jalan 4/21D.Medan Idaman,531000 Gombak,Kuala Lumpur.

ARTIKEL KEDUA

FASA 3:

Warna : Hijau , Biru .Kuning Dan Merah .

Logo : (Sebagaimana di bawah)

ARTIKEL KETIGA.

FASA 4:

Cogankata : Bersatu ,Berhidmat,Beriman Dan Berilmu

ARTIKEL KEEMPAT

FASA 5:

Bahasa : Bahasa yang digunakan dalam semua mesyuarat ialah Bahasa Melayu.

 

FASA 6 :

Penasihat

Penasihat persatuan terdiri daripada pegawai ahli Lembaga Pentadibran Pusat, ahli persatuan yang dilantik oleh pengerusi Penasihat persatuan akan memimpin dan memberi nasihat dalam segala hal tentang persatuan . Penasihat akan diberi makluman secara bertulis oleh Setiausaha Agong berkaitan semua mesyuarat yang akan diadakan oleh Setiausaha atau wakilnya akan menghadiri mesyuarat tersebut.

ARTIKEL KELIMA

FASA 7 :

Tujuan persatuan ini ditubuhkan ialah :

1. Membantu dan menggalakan perkembangan dari aspek pencapaian dan kualiti Sekolah Menengah Agama Rakyat Khususnya Al-Tahzib.

2. Memupuk semangat bersatu padu dan berkerjasama serta kekeluargaan dikalangan ahli persatuan dengan masyarakat setempat serta ahli masyarakat sekolah

3. Berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dalam usaha memperbaiki dan meninggikan taraf dalam semua aspek

4. Memelihara dan meninggikan taraf hidup ahli persatuan.

5. Menyemaikan semangat dedikasi terhadap ikhtisas dan ideal pekerjaan  

6. Menggalakkan kegiatan kebajikan , masyarakat , sukan dan kebudayaan dikalangan ahli persatuan.

 ARTIKEL KEENAM

 

FASA 8 :

Seksyen 1 :

Keahlian :

 

Ahli

                        a. Semua bekas bekas pelajar tahzib adalah layak mendaftar sebagai ahli persatuan

                         b. Tiap tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada

                           setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu kepada jawatankuasa untuk diluluskan

                        c. Jawatankuasa itu boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab

                           sebabnya

 

Seksyen 2 :

Hak ahli :

a. Ahli berhak bertanding , mencadang atau menyokong sesuatu pencalonan dan

   mengundi dalam pemilihan persatuan .

b. Ahli berhak mengundi , bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam

   Mesyuarat Agong Tahunan .

c. Ahli berhak mengemukakan cadangan atau aduan kepada persatuan sekiranya

   berbangkit sebarang masalah .

Seksyen 3 :

Kewajipan ahli :

a. Mematuhi dan mendokong perlembagaan persatuan dan peraturan badan badan yang         bergabung dengannya .

b. Menghormati dan melaksanakan keputusan pihak pentadbiran persatuan .

c. Mempertahankan maruah , kehormatan dan hasrat persatuan .

d. Menghormati dan memelihara harta benda persatuan .

e. Menjelaskan yuran persatuan seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung           Tahunan

Seksyen 4 :

Berhenti /Di Lucutkan Menjadi Ahli

a. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha.

b. Ahli yang berkenaan hendaklah membayar segala hutangnya.

c. Ahli boleh digantung atau disingkirkan sekiranya didapati melanggar peraturan persatuan yang telah ditetapkan

d. Jawatankuasa persatuan boleh mengikut budi bicara mengantung atau melucutkan keahlian tanpa memberi sebab-sebabnya